Thursday, May 28, 2009

sikap lemah lembut...

salam.. sering didengar di telinga yang mana, jika seseorang itu bersikap lemah lembut atau terlalu baik, maka akan dipijak kepalanya atau dipermainkan. sebenarnya sifat lemah lembut tidak ada salah nya pun klu kita nak amalkan didalam kehidupan seharian. kerana sifat lembut boleh kita anggap seperti air. air ini jika berhadapan dengan api, sudah pasti padam api tu, dan air jika menitis di atas batu yang sifatnya keras skalipun pasti boleh membuat batu tersebut berubah bentuk. lihatlah betapa kuatnya kuasa air yang dicipta dengan kebijaksanaan Allah.. begitulah diibaratkan dengan sifat lemah lembut ini. hal yang sy bicarakan ini, bukan sengaja direka oleh sy, tetapi ada hadist dari junjungan kata Nabi Muhammad s.a.w yang menceritakan betapa pentingnya sifat lemah lembut ini ada didalam diri seseorang manusia itu. Hadist Nabi tersebut seperti ini.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal.”


Huraian
1. Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.
2. Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.
3. Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.
4. Rasullullah s.a.w adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda
jadi sudah terang lagi bersuluh yang menunjukkan kehebatan sikap lemah lembut ini. tapi adakala kita perlu tegas tetapi bukan garang mengikut keadaan situasi..